Followers

02 January 2012

Zaman kanak-kanak ialah zaman yang paling seronok.

Assalamualaikum. 
Sudah lama jugak saya menyepi. he...he...he...  Bukan apa, saya malas nak update blog. 


Recently, my family and I pergi ke majlis birthday my cousin yg ke-10 bertempat di USJ 12. Majlis itu kecil-kecilan saje. Kita orang sampai pun dah lewat hari tu tapi sempatlah menimati jamuan tu. Lepas dah menikmati jamuan, my cousin pasanglah video yang ayah dia rakam semasa kita orang ni kecil-kecil. Ada video masa hari raya, vacation keluarga dll. Apa yang mencuit hati saya ialah ada satu video raya yang telah dirakam pada tahun 2002 ni, saya masa tu 5 years old kid and I was so so cute. haha... Bila saya tengok video tu, saya rasa macam nak jadi balik budak 5 tahun. Semua cousin saya kecik2 lagi time tu. Maklumlah cousin saya ramai so kecohlah kampung tu bila time raya aje. Pak sedara saya entah macam mana boleh tetibe rakam saya yang masa tu tengah duk main-main kat atas sofa. Lepas tu pulak boleh tenggelam dlm sofa tu sebab sofa tu lembik. hahaha... Malu pun ada, kelakar pun ada bila tengok balik. And my cousin yang lain-lain masa tu semua baya 2-3 tahun. Ada yang still baby. Ada yang dah masuk sekolah rendah and ada jugak yang dah besar. Saya ni kira generasi mudalah :-)

Tapikan, bila teringatkan zaman kanak-kanak memang seronok sangat sebab kita boleh buat apa sahaja yang kita suka. Contohnya bila kita nakkan mainan tu, mak terus kasi sebab confirm tak tahan dengar kita melalak kuat sebab tak dapat mainan tu kalau dia tak beli. Contoh yang lain pulak bila kita bergaduh dengan cousin, kita boleh panggil mak kita sekuat hati lepas tu diorang akan pujuk kita. emm... Kalau nak main lari-lari sampai malam buta pun tak apa sebab mak tak marah kalau kita tak solat. Kan budak-budak..haha.... Lagi satu, kita boleh melompat sana-sini bila pergi rumah orang time raya sebab orang tahu kita ni budak-budak lagi so tak apalah. Kalau sekarang buat camtu confirm kena marah tak pun kena halau balik. HAHAHA ! and  kalau nak tidur je, mesti mak atau ayah yang dodoikan sampailah kita lena. Maklumlah anak manja.

Kenangan semasa kanak-kanak adalah sesuatu yang cukup menyeronokkan buat kita semua. Semua orang pernah menjadi kanak-kanak kan? Saya tahu. Lagipun mana ada orang lahir2 terus besar gedabak. Lainlah kalau cerita kartun tu bolehlah diterima. HAHA !



Ramai kawan-kawan saya cakap diorang kalau ada peluang semua nak jadi kanak-kanak balik. Yelah. Kanak-kanak ni bebas buat apa saja kalau mereka mahu. Apa yang paling best ialah kanak-kanak memang CUTE especially BABY. Tak dinafikan saya ni kalau boleh memang nak jugak jadi kanak-kanak balik tapi apakan daya semua ini telah ditetapkan oleh Allah dimana manusia semuanya akan meningkat dewasa dari alam kanak-kank sehinggalah ke tua. Itulah namanya proses kehidupan di dunia.



One more thing, kanak-kanak ini sebenarnya sangatlah lemah so parents mereka mesti menjaga mereka dengan sebaiknya. Protect them, raise them until they all be a good person one day. Recently banyak sangat kes penderaan kana-kanak yang terjadi. haisshhh.. Tak tahulah saya nak cakap tapi mereka sangatlah kesian. They are supposed to be loving by their parents.


Okaylah. Sampai sini saja yang saya dapat share dengan korang. Memandangkan this year saya nak duduki PMR, maybe there'll be no post due to my examination. Maybe ada but jarang-jarang rasanya. Harap korang dapat apa yang saya kongsikan tadi.

Sekian.... ^___________^

ps: HAPPY BITRHDAY to my cousin HANIS SOFEA,10



Ahlan :-)

No comments:

Post a Comment

Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)