Followers

09 December 2010

Something about the sunshine



I love this music and movie!

Here are the lyrics...

Wake up to the blue sky,
Grab your shades
And let's go for a ride.
Breakfast by the ocean,
We'll do lunch at Sunset & Vine.
Every day's a dreaming California.
Every night the stars come out to play.
Wish that I could always feel this way.

There's something about the sunshine, baby,
I'm seeing you in a whole new light.
Out of this world for the first time, baby,
Oh, it's so right.

There's something about the sunshine.
There's something about the sun sh, sh, sh, sh, shine.

In Hollywood rocking,
In Malibu we hang out and chill.
It's all about the shopping,
From Melrose to Beverly Hills.
Everywhere's a scene,
And now we're in it.
I don't wanna paint this town alone.
When I see you smile I always feel at home.

There's something about the sunshine, baby,
I'm seeing you in a whole new light.
L.A's. a breeze with the palm trees swaying
Oh, it's so right.

Now that you're here (now that you're here),
It's suddenly clear (it's suddenly clear),
Sun coming through,
I never knew,
Whatever I do,
It's better with you!
It's better with you!

There's something about the sunshine, baby (something about it),
I'm seeing you in a whole new light (whole new light).
Out of this world for the first time, baby (yeah),
Oh, it's so right (it's so right).

There's something about the sunshine, baby (something about it),
I'm seeing you in a whole new light (whole new light).
Out of this world for the first time, baby (ohhh),
Oh, it's so right (it's so right).

There's something about the sunshine, baby,
I'm seeing you in a whole new light.
L.A.'s a breeze with the palm trees swaying,
Oh, it's so right.

29 November 2010

"Maafkan Saya, Cikgu!"

"Maafkan Saya, Cikgu!"
www.iluvislam.com




Cuaca petang itu sangat dingin dan tenang. Hembusan angin petang yang  sepoi-sepoi bahasa  amat menyegarkan namun masih belum cukup untuk menyejukkan hati Adam yang sedang berbual dengan Sufian di bawah pohon teja berdekatan padang bola itu.
“Pian, aku rasa macam malas la nak sekolah lagi…”
 ujar Adam dengan wajah yang sugul sambil jari-jemari menarik-narik rumput di hadapannya itu.
“kau kenapa? Kau ada masalah ker?” 
Sufian merenung wajahnya, inginkan kepastian. Dia sememangnya terkejut dengan kata-kata sahabatnya itu.

“semalam aku bergaduh dengan Cikgu Diana. Entah la…aku rasa Cikgu Diana tu, macam tak suka dengan aku jer. Asyik-asyik aku yang di denda. Kerja sekolah orang lain takder pulak dia nak check.!” 
Protes Adam.
Diwajahnya jelas menampakkan rasa ketidaksenangan hatinya terhadap cikgu muda yang garang itu.
“releks la Adam. Bukan kau jer yang kena, di kelas aku tu, ramai lagi budak-budak lain yang dia suka marah. 
Kadang-kadang aku pun kena jugak.”
Sufian cuba menyejukkan hatinya.
“kau lain, kau budak pandai, aku ni bodoh. Aku orang susah, kau orang kaya, Cikgu Diana tentu suka dengan kau.” 

Balas Adam lagi. Kali ini suaranya sedikit bernada cemburu.
“eh, mana ada. Dia layan semua orang sama la. Aku rasa kau jer yang sensitif.” 
Ujar Sufian menyangkal kata-kata Adam.
“kau takkan faham Pian. Cuma aku jer paham apa yang aku alami. Dah la, aku nak balik. Nanti Pak Mail cari aku pulak."
Adam terus berlalu. Dia berlari-lari anak merentasi padang bola itu menuju ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Syifa’. Sejak berumur sembilan tahun, Adam sudah mula tinggal di situ. Ibu bapanya dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya namun dia sendiri tidak pernah dibawa ke kubur orang tuanya itu walaupun sekali Cuma.

Kini, Adam merupakan senior di rumah ana-anak yatim itu. Sudah 6 tahun dia tinggal di situ. Pak Mail yang merupakan seorang warden di situ sangat mengenalinya. Hubungan dia dan Adam juga lebih mesra jika dibandingkan dengan anak-anak yatim yang lain.

Adam seorang yang peramah, mudah mesra dan sangat penyayang. Namun, sejak Cikgu Diana mengajar di kelasnya baru-baru ini, Adam kelihatan sangat tertekan dan sikapnya juga berubah. Dia lebih banyak memencilkan diri dari bergaul bersama anak-anak yatim yang lain.

Entah mengapa, hati Adam berasa sedih mengenangkan sikap Cikgu Diana terhadapnya. Dia sudah membenci Cikgu Diana sejak pertama kali guru itu memarahinya di dalam kelas hanya kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan dia sengaja tidak mahu siapkan tugasan tersebut tetapi dia terlupa. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja subjek Bahasa Melayu yang diajar guru itu. Maka setiap harilah Adam terpaksa mendengar leterannya.

Hari semakin hari, kebencian kian subur di hatinya. Semalam dia didenda oleh Cikgu Diana kerana mendapat ‘D’ dalam karangan. Bukan setakat denda sahaja, malah dia terpaksa menyiapkan 5 buah karangan dalam masa seminggu. Itu  menyebabkan Adam semakin tertekan. Dia tidak tahu mengapa cikgu muda itu sering menyiksanya begitu.

Selesai solat isyak, Adam terus berlalu ke katilnya yang terletak di Kamar Baihaqi. Dia cuba melelapkan mata. Namun kata-kata Cikgu Diana pagi tadi benar-benar mengganggu fikirannya.

“kalau awak malas macam ni, saya yakin awak akan gagal dalam PMR nanti!” 

Marah Cikgu Diana. Wajahnya masam dan bengis sekali.
Adam mendiamkan diri. Di dalam hati, dia hanya menyumpah-nyumpah cikgu itu.
“awak dengar atau tidak apa yang cikgu cakap ni?” 

Soal Cikgu Diana dengan suara yang tinggi. Adam terkejut, namun dia hanya mengangguk lesu.

“cikgu tak faham dengan sikap kamu ni Adam. Kamu bukannya tak pandai, tapi malas berusaha. Cubalah berubah Adam. Awak asyik main dalam kelas. Buku langsung tak baca. Awak nak jadi apa?”

 Bebel cikgu muda itu lagi.
Adam hanya mendengar leteran guru itu bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
“awak tu anak yatim, jangan berlagak macam awak anak orang kaya…..” 

Bentak cikgu Diana. Dia semakin marah dengan kelakuan pelajarnya yang langsung tidak memberi respon terhadap kata-katanya itu.

Telinga Adam semakin panas mendengar leteran Cikgu Diana.
“kalau cikgu tak suka dengan saya, cikgu cakap jer lah…tak payah nak kutuk-kutuk saya macam ni!” 

Balas Adam. Dia sendiri terkejut dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan kata-kata cikgu Diana itu.

Pintu bilik tiba-tiba dikuak. Adam terkejut dari lamunannya menyebabkan bayangan dan kata-kata Cikgu Diana jauh menghilang.
* * *********
“tolong siapkan semua kerja rumah yang cikgu beri. Cuti sekolah tiga hari ni gunakan dengan berfaedah. Cikgu tak mahu ada diantara kamu semua yang tidak menyiapkan kerja rumah yang cikgu beri. Adam, lepas ni jumpa cikgu di bilik guru!”

 Pesan Cikgu Diana tegas sambil matanya menjeling ke arah Adam yang duduk di bahagian belakang kelas.

Selepas tamat waktu belajar hari itu, semua pelajar berpusu keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Adam bersama Sufian dan beberapa orang rakannya yang lain berjalan seiringan. Tiba-tiba bahu Adam disentuh seseorang. Dia segera menoleh ke belakang.
“kurang asam betul kau ni, terkejut aku. Ingatkan siapa tadi….” 

Adam menarik nafas lega setelah melihat sahabatnya Fauzi tersengeh-sengeh menampakkan giginya yang sedikit rongak itu.

“Cikgu Diana panggil kau. Dia suruh kau jumpa dia di bilik guru sekarang”
 Fauzi menyampaikan pesanan.

“ah, pedulikanlah orang tua tu. Bosan aku!” Balas Adam tidak berminat untuk berjumpa guru yang dibencinya selama ini.

“laaa…kau ingat kau sorang jer bosan, aku lagi la.. Bengang giler aku  ngan cikgu tu. Asyik-asyik bagi kerja sekolah. Dah ler kerja matematik banyak nak kena siapkan, lepastu kena pergi kelas tambahan lagi. Dia ingat kita ni robot ker, nak siapkan kerja sekolah banyak-banyak…!”  Kudin menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

“kau pun tak suka jugak ker?” Adam meminta kepastian. Selama ini dia berfikir bahawa Cikgu Diana hanya menderanya seorang sahaja, rupa-rupanya kawannya si Kudin juga sama sepertinya.

“bukan Kudin sorang jer, aku pun sama.” Sampuk Syahmi.

Mereka masing-masing bercerita tentang Cikgu Diana. Ketegasannya menyebabkan mereka benar-benar tertekan dan timbul rasa benci berbanding guru-guru lain. Disamping terkenal dengan sikap garangnya, Cikgu Diana juga berani merotan pelajar-pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan bermain di dalam kelas. Malah, jika ada pelajar yang ponteng, tidak hadir atau tertidur di dalam kelasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk merotan mereka.

“Adam…aku rasa tindakan kau ni tak baik la. Cikgu Diana mesti tengah tunggu kau. Baik kau pergi jumpa dia!” Nasihat Sufian. Dia tahu, tindakan Adam itu akan lebih memburukkan keadaan.

“malas lah aku nak pergi. Tadi dekat kelas aku kena perli, entah-entah kejap lagi, kena maki pulak.” Balas Adam terus beranggapan buruk.

“kau ni Dam…tak pergi lagi, mana kau tahu? Tak baik tau tak buruk sangka dengan orang!” Sufian sedikit marah. Dia beriya-iya menyuruh Adam bertemu Cikgu Diana. Untuk mengambil hati Sufian, Adam dengan langkah malas berpatah semula menuju ke bilik guru.

“kenapa lambat?Awak tahu tak cikgu dah lama tunggu?Awak ingat cikgu tak ada kerja lain lagi ker, ha?” Marah Cikgu Diana.

‘kalau dah ada kerja, siapa suruh tunggu!’ ngomel Adam sendiri.

“Jangan pentingkan diri Adam. Cikgu tak ada banyak masa ni, jadi cikgu nak serahkan buku aktiviti ni untuk awak siapkan sepanjang cuti ni. Tolong jawab betul-betul!

“tapi cikgu? Kenapa saya sorang jer yang kena buat?” Adam kelihatan tidak berpuas hati.

“kalau awak nak jadi orang yang Berjaya, buat apa yang cikgu suruh. Lagipun ini sebagai hukuman untuk awak kerana tidak siapkan kerja sekolah semalam.” Balas Cikgu Diana serius.

Adam semakin tidak berpuas hati. Buku yang berada dalam tangannya itu dihempas ke meja. Tindakan Adam itu mengejutkan Cikgu Diana yang sedang sibuk berkemas untuk pulang.

“kenapa dengan awak ni? Tak puas hati dengan cikgu ker?” Soal Cikgu Diana sambil matanya memandang tepat ke wajah Adam.

“cikgu tak adil. Cikgu selalu hokum saya kalau saya tak siapkan kerja sekolah. Tapi kalau orang lain tak buat, cikgu tak marah pulak!” Adam mengeluarkan apa yang terbuku selama ini di hatinya.

Cikgu Diana hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Sedikitpun dia tidak terkilan mendengar kata-kata Adam  itu.

“ awak tetap kena siapkan semua latihan yang cikgu beri.  Jangan  lupa. Kalau tak faham, telefon cikgu.” Pesan Cikgu Diana dan terus berlalu meninggalkan Adam sendirian yang masih digemburi perasaan tidak puas hati itu.
******* * *******


Kelas pada hari itu dimulai dengan subjek Matematik namun guru yang mengajar tidak hadir.  Rata-rata pelajar mengambil peluang itu untuk menyiapkan latihan Bahasa Melayu termasuklah Adam kerana sebentar lagi kelas Bahasa akan bermula.

Adam menyelak helaian kertas soalan. Masih ada beberapa soalan karangan yang belum disiapkannya. Dia semakin buntu menjawab soalan latihan yang diberi. Fikirannya semakin kosong. Dia tidak dapat memikirkan idea untuk menulis karangan. Fikirannya hanya terbayang wajah bengis Cikgu Diana dan rotan yang bakal menyirat tangannya nanti.

Jam semakin suntuk. Lagi sepuluh minit kelas akan bermula. Dalam keadaan yang terdesak itu, Adam hanya mampu menyerah. Soalan yang dijawab ternyata tangkap muat sahaja. Malas, dia pasrah dengan hukuman yang bakal diterimanya nanti.

Sungguh tidak disangka, Cikgu Diana tidak hadir hari itu. Adam begitu gembira sekali. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Oleh kerana tiada guru yang masuk mengajar, Adam bersama beberapa orang kawannya yang lain berkumpul di tepi kelas 3Ad-Dailami. Mereka berbual-bual rancak hingga menyentuh tentang Cikgu Diana.

“korang tau kenapa cikgu tu asyik marah-marah jer?” Soal Adi.

“entah, kau rasa kenapa?” Soal Kudin kembali.

“ha….kalau korang nak tau, dia ada anak yang terencat akal menyebabkan dia asyik marah-marah tak tentu pasal!” 
Mendengar kata-kata Adi itu, mereka semua ketawa terbahak-bahak. Tetapi Adam hanya mendiamkan diri kehairanan.

“korang ni biar betul. Mana kau tahu dia ada anak OKU?Dia kan belum kahwin lagi!?” Adam menyoal ingin tahu.

Seronok sekali mereka mengutuk dan mengata-ngata tentang Cikgu Diana. Terasa puas dan sakit hati mereka sedikit terubat. Namun Adam masih berasa tidak puas hati.

“korang pasti ker?” Soalnya lagi.

“pasti, hari tu aku tengok sendiri dia bawak budak terencat tu ke hospital. Kebetulan mak aku jururawat kat situ, so aku tanya la mak aku untuk kepastian. Ternyata betul sangkaan aku tu.”
 Cerita Adi bersungguh-sungguh.

Mendengar penjelasan Adi, Adam mula mengerti. ‘ memang Cikgu Diana ni dah tak betul. Patut lah asyik marah-marah jer.’ Ngomelnya sendiri. Namun jauh dilubuk hatinya tersimpan satu perasaan belas dan simpati.
**** * ****
Seperti yang dijangka, setelah Cikgu Diana menyemak latihan yang dibuatnya, dia lantas dipanggil guru itu.

“nampaknya awak sangat lemah dalam penulisan. Mulai petang ni, saya akan buat kelas tambahan untuk awak.”

Kata-kata cikgu itu benar-benar mengejutkannya.

“tapi cikgu, petang-petang saya ada latihan bola. Mana boleh saya….”


“boleh kalau awak ada kemahuan.” Cikgu Diana pantas memotong alasan yang diberinya.

“cikgu, saya tak boleh buat macam tu. Saya kena pergi latihan, tolong lah cikgu.” Rayu Adam. Suaranya berbaur rasa tertekan dengan keputusan guru itu.

“ini arahan pengetua Adam, bukan dari cikgu.” Terang cikgu Diana.

“itu semua alasan cikgu, sebenarnya cikgu memang tak suka dengan saya kan? Cikgu buat semua ni sebab cikgu nak hukum saya kan?” Soal Adam berani.

“Adam, sebab cikgu sayang dengan Adamlah cikgu sanggup luangkan masa cikgu untuk buat semua ni. Cikgu ada banyak lagi tugas lain tapi cikgu tak kisah untuk luangkan masa mengajar Adam. Cikgu nak Adam berjaya, berjaya seperti Sufian, Razak, Amirah, dan kawan-kawan lain.” 

“cikgu hipokrit. Cikgu memang bencikan saya tau.” Bentak Adam lagi.

Cikgu Diana hanya mendiamkan diri. Terasa ada air bertakung di kelopak matanya. Cikgu Diana memalingkan wajahnya ke dinding dan cuba buat-buat sibuk.

“habis sekolah nanti datang jumpa saya. Kita mulakan kelas tambahan hari ni. Cikgu akan beritahu Ustaz Ahmad dan Pak Mail nanti. Awak  boleh balik sekarang.”


Sebak sedikit suara Cikgu Diana memberi arahan. Dia cuba bersikap tegas kerana tidak mahu diketahui anak muridnya tentang kesedihannya ketika itu.

Dia tahu, Adam pasti benci dengan dirinya. Namun, itu adalah amanat dan tanggungjawabnya sebagai guru untuk mendidiknya hingga berjaya.

Adam mati akal. Dia tidak berupaya melawan kata-kata  Cikgu Diana. Namun dia nekad untuk tidak menghadiri kelas itu walau apapun yang berlaku.

Tengah hari itu, selepas bunyi loceng, Adam terus meluru keluar dari sekolah. Dia bersama Kudin dan Adi ke bandar untuk bermain bola. Walaupun hatinya asyik teringatkan Cikgu Diana yang pasti menunggunya untuk sessi kelas tambahan tengah hari itu, namun dia terus bermain tanpa sedikitpun ada rasa bersalah.

Di bilik guru, Cikgu Diana terus menunggunya. Hingga jam melewati pukul 3.30 petang, Cikgu Diana akhirnya pulang ke rumah. Dia tahu, Adam sengaja melarikan diri kerana bencikannya. Cikgu Diana berfikir sendiri.

Mungkin ketegasannya selama ini disalah ertikan oleh Adam. Dia sayang pada Adam seperti adiknya sendiri. Kerana Adam merupakan anak yatim piatu yang tidak mempunyai sesiapa di dunia inilah, dia mahu mendidik dan mencurahkan ilmu sepenuhnya untuk melihat Adam berjaya suatu hari nanti.

Hari semakin hari kelakuan Adam semakin biadap dengannya. Semua tugasan yang diberinya dijawab dengan tidak bersungguh-sungguh. Malah, Adam berani melawan kata-katanya dan membuat acuh tidak acuh sahaja ketika di dalam kelas. Sungguh sikap Adam itu benar-benar mengecewakannya.

Di dalam kelas pagi itu, Cikgu Diana tidak banyak bercakap. Dia hanya menulis di papan hitam dan meminta pelajar menyalinnya. Seketika dia keluar dan menuju ke bilik air membasuh mukanya agar segar kembali.

Beberapa hari ini dia kurang tidur kerana menjaga Alia di hospital. Namun, dia masih meluangkan masa untuk kelas tambahan yang dijanjikan. Dia berharap Adam berubah fikiran dan menghadiri kelas itu walau beberapa hari yang lalu penantiannya masih sia-sia.

Sambil menunggu, Cikgu Diana menyemak buku pelajar-pelajarnya. Matanya juga semakin mengantuk dan berkali-kali dia terlelap seketika. Tanpa disedari, Adam mengintainya melalui  tingkap. Dia pelik dan hairan dengan perubahan Cikgu Diana yang tidak banyak bercakap dan mengarahnya membuat latihan itu ini.

Melihat keadaan Cikgu Diana yang kurang bermaya itu menyebabkan hatinya rasa bersalah. Walaupun dia senang tidak ditekan oleh guru itu membuat latihan dan kerja sekolah lagi, jauh di hatinya terasa kesal dan bersalah atas apa yang dilakukannya pada cikgu itu.
****** * *****


Adam bersama Kudin menuju ke pusat Bandar. Mereka ingin bermain game di sebuah cyber café di situ seperti kebiasaannya.

Walaupun dia memberitahu Pak Mail dan Ustaz Ahmad yang merupakan pengetua rumah anak yatim itu untuk menghadiri kelas tusyen, namun apa yang dilakukan adalah sebaliknya.

Hingga lewat petang, mereka merayau-rayau di Bandar tanpa arah tujuan. Sedang mereka melepak di sebuah kedai, Adam terlihat kelibat Cikgu Diana masuk ke dalam sebuah hospital  swasta sambil menolak kerusi roda yang diduduki  seorang kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak itu cacat dan mengalami ‘Down Syndrome’. Hatinya begitu tertarik untuk mengetahui apa yang dilakukan guru itu.

“Din, aku balik dulu lah..ada hal la.” Ujar Adam tiba-tiba sambil mata menjeling  ke  arah kelibat cikgu itu.

“laaa baru kejap jer kita lepak, releks lah…” 
balas Kudin seperti tidak membenarkan Adam pergi.

“aku betul-betul ada hal ni…aku balik dulu ok, kita jumpa esok.”
 Jawab Adam terus berlalu. 
 
Dia masuk ke dalam hospital itu dan tercari-cari kelibat Cikgu Diana. Tiba di satu ruang, Adam terlihat Cikgu Diana bersama kanak-kanak itu sedang memasuki wad pesakit perempuan. Dia terus mengekori Cikgu Diana.

“kakak, maafkan saya kerana lambat datang hari ni. Saya ada kelas tambahan di sekolah tadi.” Cikgu Diana bersuara lembut.

“kak, tengok ni…saya bawak Alia sekali.”  Sayu  sekali suara Cikgu Diana ketika bercakap dengan seorang wanita lewat 30-an yang sedang sakit tenat itu.

“Alia…salam dengan mama sayang.” Pintanya sambil menarik tangan kanak-kanak itu agar  menyambut salam wanita tersebut. Seketika wanita itu mencium dan memeluknya erat.

“Diana…tolong jaga Alia. Kakak tidak akan lama lagi di sini..!" Ucapnya dengan suara yang lemah sekali.

“Diana janji kak…Diana janji…..” Cikgu Diana menangis sambil mengangguk berkali-kali. Jari-jemarinya menggenggam tangan wanita itu.

Adam terkejut. Pertama kali dia melihat Cikgu Diana menangis dan itu menambahkan rasa bersalah dan simpatinya pada guru yang selama ini dibencinya itu. Adam tidak mampu menahan rasa sebaknya lagi. Dia berlalu dari situ dan terus pulang.

Sepanjang malam ingatannya hanya pada Cikgu Diana. Sungguh cikgu itu memiliki hati yang mulia kerana sanggup menjaga seorang anak yang cacat otaknya.

Selama ini dia hanya memikirkan sesuatu yang negative sahaja tentang guru itu. Adam nekad, dia tidak mahu membuatkan guru itu sedih lagi. Dia akan mengikuti kelas tambahan tersebut dan membuat semua latihan dan kerja sekolah yang diberi. Janjinya sendiri.

Keesokannya, selesai waktu persekolahan, Adam bergegas ke bilik guru dan hayunan kakinya terus menuju ke tempat duduk Cikgu Diana. Kelihatan cikgu itu sudah berada di mejanya.

Dia hanya termenung sendiri memandang sejambak bunga di hadapannya seolah-olah tiada semangat di dalam dirinya seperti kebiasaan.

Adam menghampiri meja cikgu itu dengan dada yang sedikit berdebar. Dia menarik nafas panjang lantas menghembuskannya perlahan.

“cikgu….maafkan saya kerana lambat. Saya datang nak belajar dengan cikgu…!”  Ucap Adam perlahan sambil berdiri di sebelah guru itu. Cikgu Diana memalingkan mukanya memandang Adam. Matanya  kelihatan sedikit bengkak. Adam yakin, pasti Cikgu Diana menangis semalam.

“Adam…..?” Terpacul soalan itu dari mulutnya. Dia terkejut dengan kehadiran Adam dan ternyata penantian dan kesabarannya selama ini terbalas jua.

Adam mengangguk. Dia menarik kerusi lalu duduk di situ sambil mengeluarkan buku karangan dari begnya dan diletakkan di atas meja.

Cikgu Diana hanya memandangnya tanpa sepatah kata. Hanya matanya sahaja yang berkaca-kaca dengan takungan air mata. Pastinya itu air mata kemenangan bagi kesabaran seorang guru melayani karenah pelajar yang nakal.
“maafkan saya cikgu!” 

Cikgu Diana tidak dapat menahan rasa sebaknya. Dia menangis gembira mendengar kata-kata Adam. Dan dalam tangisan itu, jelas terpamer satu senyuman yang penuh dengan harapan, harapan seorang guru untuk melihat pelajarnya Berjaya.
“SELAMAT HARI GURU!”

Alam Maya VS Alam Realiti

Alam Maya VS Alam Realiti
www.iluvislam.com


Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata.. 



JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU
www.iluvislam.com



Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

27 November 2010

Having a tirp to Cameron on 23.11.10

 
Me at Tea Farm . 
Ladang Teh yang sangat cantik.
 Rose Valley
 My little brother and I at Strawberry Farm . Such a beautiful farm <3

 I'm at the Rose Valley before we're going to the next place .
At the Bee Farm . 


credit to Adilah for taking this picture of me .
Thank u very much to Ustazah Amanah & other for kindly bring us to a such perfect harmony place which is Cameron Highlands in Pahang . 
peace no war ^_^

01 November 2010

..Bola..

My cousin.

Siapa hebat??

My big family.


Banyak lagi tp malas nak letak...
Papepun, mmg best gler2 argh!!!
  Kelantan semestinya HEBAT!!

GOMO KLATE GOMO!




Yeah Dah Abis Pekse!!!

Yahuu....pekse final dah abis so aq ley enjoy puas2.....ya beda bedu...pasni kene bwk buku teks g skolah n bole bwk pone.......hahaha......

31 October 2010

FAKTA MENGENAI TELUR

Fakta Mengenai Telur



* Setiap butir telur mengandungi 17 000 bukaan pori-pori pada permukaannya. Melalui pori-pori ini, telur dapat menyerap aroma dari benda-benda lain yang ada di sekitarnya.

* Telur lebih mudah rosak jika dibiarkan terdedah di luar selama sehari berbanding disimpan selama seminggu di dalam peti sejuk

* Telur yang sudah berusia seminggu atau dua minggu lebih mudah dikupas kulitnya sesudah direbus

* Untuk mengetahui samada telur sudah matang atau belum, putar telur di dalam semangkuk air. Jika ia dapat berputar dengan mudah, telur itu memang sudah matang.

* Kuning dan putih telur paling mudah dipisahkan semasa ia berada dalam keadaan sejuk

* Putih telur akan kembang dengan cepat jika dibiarkan pada suhu bilik kira-kira 20-30 minit sebelum dipukul

TIP DIET SEIMBANG TUBUH MENAWAN


Diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.

1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.

4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.


Pekso dah nak abis weyh!!!

Esok last aq nk duduki pekso....ps2 abih doh..yahuu!!! sukonyo hidup ini.....esok paper SV dan Seni-kerta 1,2...ala..senang je tu.....Doakn aq deh...

Gomo Kelate Gomo!!

Memang hebat argh Kelate main smale...tp N9 pon hebat jgok..cumanya N9 main cekap than Kelate....Tapi, pemain Kelate menang!! 2-1 dgn N9! huuuuuuuuuu!!! Hebat Klate!!! Red warrior cool!! 

23 October 2010

Penat....Korang x penat ke?

Penatnya!!! EeeeEeEE....sakit abis kaki tangan aq ni.. ni sume badminton punye pasal la ni....huhu...camne ni?wawawa.. :(((((((

22 October 2010

Periksa dah nk dekat!!!

awwW!!! periksa dah nak dekat!! lagi 2 hari je? OMG! bia btol... aq cam x caye je........hish, rse cam bru je msuk skolah...ad0i.....x pela..doakan moga2 aq dpt lulus n jawab ngn  cemerlang ujian akhir thn tu..~~AMIN~~

21 October 2010

Hai U All!!

Actually aq dah lama x bukak blog ni sbb sibuk ngn kerja sekolah....well, tetibe je aq ni rajin plak nak bukak..hehe...tak pela, skali skala pon apa salahnya kan? k la, have a nice day u ALL!!!

05 September 2010

Doraemon transformers???

uuu..`~~~~`
hebat pew...
ahahahaha...
i like it.......

Bayi Mabuk???



kecik2 udah mabuk, ape lg kalu udah beso? piki2 la ye..

Yea!! Dah nak raya...





huh''...lg 4 ari nak raya...wuu~~ x sabar nya nak sambut....tp, dlm masa yang sama rasa sedih nk tinggalkan
ramadhan....not sure lg nk balik kampung ke x ea...em...ntah la....

Ibu Bapa, Anak

   


  Kasih ibu mambawa ke syurga
Kasih ayah tidak terkira
     Jangan derhaka kepada mereka
         Agar dapat masuk ke syurga

Hadith
























insyaallah will be continue...


Hadith



Hadith, 01

Hadis anas bin Malik r.a:
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Allah s.w.t telah berfirman: Sesungguhnya umatmu masih lagi mengatakan begitu dan begini sehinggalah mereka berkata: Jika Allah telah menciptakan makhluk maka siapakah pula yang menciptakan Allah?

Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji
Hadis Imran bin Husaini r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan

Hadith, 02

Hadis Ibnu abbas r.a katanya:


Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w tentang hadis Qudsi yang baginda riwayat daripada Allah s.w.t di mana Allah telah berfirman: Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan. Kemudian baginda menerangkan hal itu: Sesiapa berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi tidak lagi melakukannya, maka Allah mencatatkan niat itu sebagai kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Jika seseorang itu berniat ingin melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatkan di sisi-Nya sepuluh kebaikan hingga sampai tujuh ratus kali ganda seterusnya hingga kepada gandaan yang sebanyak-banyaknya. Jika seseorang berniat ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan lalu melakukannya maka Allah mencatatnya sebagai satu amalan kejahatan sahaja

Hadith, 03


Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda ...







Hadith, 04

Hadis Zaid bin Khalid Al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang bersama kami di Hudaibiah, selepas hujan turun pada malam tersebut. Setelah selesai sembahyang, baginda menghadap kepada kaum Muslimin, lalu bersabda: Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu? Para kaum Muslimin menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, lalu baginda bersabda: Allah berfirman: Di antara hamba-hambaKu, ada yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Maka sesiapa yang menyatakan: Kita dituruni hujan dengan anugerah dan rahmat Allah, orang itu beriman kepadaKu dan tidak beriman terhadap bintang-bintang. Sebaliknya orang yang berkata: Kita dituruni hujan oleh bintang ini atau bintang itu, maka orang tersebut kafir terhadapKu dan beriman kepada bintang-bintang.

Keluarga Sakinah, Mawaddah & Harmoni...Insya-Allah





  --Definisi Keluarga Bahagia
Golongan ibubapa seharusnya sentiasa peka mendefinisikan syurga rumahtangga yang mampu membina sebuah kehidupan bahagia dunia dan akhirat.
Dewasa ini ramai dikalangan keluarga dan masyarakat dahaga serta mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia namun pada masa yang sama kita tidak mampu merealisasikan impian itu disebabkan pelbagai hambatan dalam kehidupan yang serba mencabar kini.
Sesungguhnya harapan murni ini mampu dibina dengan jayanya dengan merubah sikap ke arah pembangunan keluarga yang lebih bermakna bermula dengan mendidik anak-anak serta memberikan pelajaran akademik dan pendidikan agama.Kebahagiaan dalam kamus hidup kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya.
Setiap insan di dunia pasti mengidam sebuah keluarga bahagia namun, hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Allah dan RasulNya sahaja yang dapat menikmati kebahagiaan itu.
Sehubungan itu dalam konteks masyarakat Islam, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting melaksana tugas sebagai pemimpin yang berani berubah,demikian juga para isteri atau ibu bersama-sama menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kejayaan sesebuah keluarga mencapai tahap rumahtangga bahagia berdasarkan sikap ibubapa memiliki sifat kasih sayang terhadap anak-anak dan isteri dengan memberikan pelajaran sewajarnya disamping menerapkan nilai-nilai budaya bangsa,menghayati serta mengamalkan Rukun Negara disamping mempraktikkan Rukun Islam dan sentiasa meluangkan masa bersama keluarga.
Katanya, dalam dunia penuh pancaroba kini ibubapa perlu meningkatkan tanggungjawab terhadap keluarga serta sentiasa mengawasi anak-anak mereka daripada gejala sosial negatif yang mampu meruntuhkan akhlak sekaligus meranapkan sesebuah masyarakat bertamadun yang akhirnya menggagalkan harapan murni kerajaan yang mengimpikan sebuah negara yang maju membangun melalui Konsep Satu Malaysia yang mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan.

03 September 2010

Kesan alkohol kepada kita

Larangan agama sememangnya berasas. Malah, setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Selain memabukkan alkohol juga memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.


Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.
Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover.Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tandahangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian.

Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

Kesan pada otak


Pada asasnya selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Kesan pada hati

Kesan alkohol yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.

Kesan pada perut

Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.


Kesan pada saraf


Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri.

Kesan pada janin

Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Selain daripada kesan-kesan di atas, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.
Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.
Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.
Selain daripada kesan ke atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.
Oleh itu hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya.



Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)