Followers

09 June 2012

Nama-nama Neraka

Salam. Ini untuk tatapan semua para pembaca yang budiman.



Nama-nama neraka

Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran dalam Surah At-Tahrim : 6 bermaksud "Wahai orang-orang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan yang menjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka kepada Allah, mereka melakukan apa sahaja yang diperintahkan kepadanya"

Neraka terdiri dari 7 peringkat iaitu:

1. Neraka Jahannam
Neraka yang tertinggi yang penghuninya adalah orang kafir yang tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Samada mereka kafir harbi atau kafir zimmi, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Firman Allah dalam surah An-Nisa' : 169 bermaksud: "Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan, melainkan ke neraka Jahannam. Mereka kekal di dalam neraka itu selama-lamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah"

2. Neraka Luza
Neraka ini dihuni oleh pendusta agama Allah dan yang berpaling dari ajarann-Nya.

Firman Allah dalam surah Al-Lail : 14-16 bermaksud "Kami beri khabar menakutkan kamu dengan neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang celaka, iaitu orang yang mendustakan agama dan yang berpaling daripadanya"

3. Neraka Hathamah
Dihuni oleh orang yang lalai dalam melaksanakan perintah Allah kerana dipengaruhi oleh harta dunia.

4. Neraka Sair
Neraka Sair untuk mereka yang memakan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka akan menjadi buta dan pekak manakala kulitnya pula menjadi setebal Jabal Uhud.

5. Neraka Saqru
Untuk orang yang meninggalkan solat, percaya kepada bidaah, tidak mahu memberi makan kepada orang miskin, dan tidak mempercayai hari pembalasan.

6. Neraka Jahim
Untuk orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, membunuh dan lain-lain.

7. Neraka Hawiyah
Neraka paling bawah untuk orang-oarng yang ringan timbangan amalnya. Walaupun berada pada kedudukan paling bawah namun apinya terlalu panas.

Firman Allah dalam surah al-Qariah : 8-11 bermaksud "Sesiapa yang ringan timbangannya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas"

Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)