Followers

22 April 2011

Tips for camping

Anak kucing merata-rata,
Diambil bela oleh saya;
Assalamualaikum pembuka kata,
Marilah mendengar cerita saya.

Ok tak pantun yang aku reka tetibe je tu? OK kan??? Mestilah.............. :)

Haa... Esok kalau korang semua nak tahu, aku nak gi kemping untuk 'Kursus Kepimpinan Pengawas'. So, aku tak akan online dalam masa dua hari ni. huhuhu.. Tak apa... Kenalah berkorban untuk diri sikitkan? Betul tak?!

Ok, aku nak beri sedikit tips untuk korang semua bagaimana nak menghadapi kemping di luar kawasan sekolah.

Begini...

Cikgu aku ada cakap,

- Kamu tu kalau dah masuk hutan, MULUT KENALAH JAGA.
-TINGKAH LAKU pun mesti dijaga dengan tertib.
-TANGAN tu janganlah GATAL pula nak ambil 'benda-benda' yg ada di hutan tu.
-AIR SUNGAI jangan pula diminum. Sebabnya...-Takut air kencing tikus- [tapi, tulah yg cikgu aku bagi tahu.]
-Sebagai orang Islam, BACALAH AYAT QURAN yg mampu untuk melindungi diri kita. Cth:

=Yaasin=
=Ayat Kursi=
=Surah-surah pilihan=

-IMPORTANT: BASUH 'tut-tut' korang itu dengan sesuci-sucinya! Jangan lupa diBUNGKUS sekali tau!!
-JANGAN SERONOK sangat di sana sampai lupa yg kita sekarang berada di HUTAN bukan di BANDAR.
-Lagi...

Itu sahajalah kot yg cikgu aku sempat cakap. 
Nak lagi ke? Boleh aje... 

Barang-barang yg perlu dibawa pula mestilah :

] Kasut sukan & sekolah 
] T-shirt 
] Seluar sukan
] Pakaian ibadah
] Barangan basahan
] Kain batik/pelekat
] Alatan untuk mandi & membersih
] Ubat-ubatan jika perlu
] Alatan peribadi

* Kalau boleh, bawalah lebih untuk baju dan juga seluar. Mungkin korang dah faham apa yg aku tulis tu. So, tak usahlah aku nak terangkan dengan lebih lanjut lagi kot. Buat penat aku sahaja. 

Jadi, doakan semoga aku selamat dan dapat melaksanakan kursus tersebut dengan jayanya! InsyaAllah!!
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum. :)

19 April 2011

We are the Champion

Assalamualaikum (:

Hari ini aku nak cerita sikitlah. Sebenarnya sekarang aku ada kerja sekolah yang nak disiapkan tapi aku nak release tension sikit dengan menulis di blog ini.

Di sekolah tadi, aku dan geng-geng ada masuk 'EXPLORACE'. Yay! Memang best sangat :) Tak tahulah nak describe macam mana sukanya aku waktu itu. Sebabnya itu first time aku join explorace di sekolah bagi tahun 2011 dalam tingkatan 2. ...Hehehe... Ok, dipendekkan cerita.

-->Begini...

Aku, Anis dan Arina stay di sekolah. Maknanya kami makan, tukar baju semua di sekolah. Then, kami kumpul dengan group yang lain di dewan lestari tepat pada pukul 2.50 p.m. So, that's mean we have to prepared early. After that, dua orang lagi ahli kumpulan kami pun tiba dari asrama. Husna and Ain. Syarat untuk turut serta dalam explorace ini, mesti kena ada 5 orang wakil dalam satu group itulah. ^_^

Firstly, cikgu edarkan borang keahlian. Tak silap aku, ada 12 group yang sertai explorace ini. Selepas cikgu dah membebel panjang, kemudian kami diberi sedikit taklimat mengenai explorace itu oleh Afizz, iaitu naib pengerusi PSS. After that, Hakim Jamil pula yang bagi penerangan sekaligus dia bagi checkpoint kepada setiap group. Kebetulan pula, group aku dengan Ayuni duduk paling hujung sekali belah kiri. So, Hakim suruh 2 group untuk beredar jauh sikit daripada group yang lain. Kami pun ikut sajalah. Rupa-rupanya kami ini special sikit. Kami kena start jauh sikit dari group yang lain. Pergh~~ Mantop! Kami diberi checkpoint. Then, START! hahaha.... syok :)

Diringkaskan cerita...
Setelah banyak dugaan dan kesusahan yang kami tempuhi, akhirnya kami berjaya juga! Aku lihat group lain ada yang kena 'make up' muka diorang because they make mistake semasa menjawab questions. So poor :] Tapi, ada juga group yang tak kena seperti kami and group form 5 (wakil girls). :)

Akhirnya, setelah sampai di checkpoint yang last, kami punyalah gelabah nak mati sebab salah seorang daripada rakan kami hilang sticker yang sepatutnya dilekatkan di muka sebagai tanda markah kitaorang. But, kami terpaksalah kena sabar. Kami teruskan juga perjuangan ini kerana kami yakin Allah pasti bersama kami.

Apabila habis sahaja kesemua 5 checkpoint, kami bergegas ke tempat penamat. Sebelum itu, kami harus meneka perkataan yang tunggang terbalik itu supaya menjadi sebuah ayat yang betul. Kami berjaya! Amin. :) Apa lagi, kami pun hantarlah jawapan kepada pengawas PSS. Alhamdulillah kami orang pertama yang hantar. Actually, akak form 5 yang sampai dulu sikit daripada kami tetapi mereka lambat sedikit sahaja untuk meneka jawapan tersebut. So, itu bermakna kami orang yang terdahulu! ^_______^

Ok, memanglah kami gembira sebab memperoleh nombor 1 dalam explorace iu ! Yelah, siapa yang tak gembira kalau dah menang? Cuba cakap, siapa yang tak gembirakan?? Betul tak? Of course kami suka! Yay :)

Apa-apa pun, ALHAMDULILLAH! Kami bersyukur dan happy sangat. Balik saja, kami terus buka hamper besar itu untuk mengagihkan apa-apa yang patut. Anyway, kami nak ucapkan thanks a lot kepada our friends because sudi memberi sokongan to us. Especially Asya and Dayah. Thanks guys!

P/S: Saya menulis cerita ini bukannya nak show off but nak share rasa kegembiraan ini. Kepada mana-mana pihak yang tak puas hati, lebih baik tak payah baca. Iyelah, takut-takut korang fikir aku ini tulis semata-mata nak show off saja. Actually TAK ok!


Sekian, syukran jazilan. Semoga Allah memberkati kita semua pada hari ini. Amin. :]
Assalamualaikum :)

17 April 2011

Top Best friends

Assalamualaikum :)

Today, aku nak share dengan you all about my best friends. Ada beberapa bf yang aku senaraikan paling top. Antaranya ialah Mariana , Arina , Syarifah , Anith , Adilah and Husna  . Mereka inilah yang selalu buat aku ketawa. Kadang-kadang kecewa pun ada juga. Alaa.. biasalah tu. Nama pun kawan.

Kawan...


Kawan
hadirnya anugerah Tuhan
mewarnai kehidupan
seindah-indah penciptaan....

Bahagianya ...
ada kawan
menemani sepanjang zaman
susah senang tidak sendirian
saling membantu tanpa balasan
ikhlas menyulam persahabatan...

Pedihnya...
ada kawan
datang pergi tidak ketentuan
hadir dengan kepentingan
tak rela bersusahan
sekadar di pinggiran...

Namun...
apapun nilaian
apapun pengertian
ku terima apa adanya
sejuta penghargaan
kerana kalian masih sudi
menerimaku sebagai kawan.....

tadaa... sajak itu khas untuk semua kawan-kawan saya dan anda yang ada di mana saja :) Jadi, hargailah kawan anda dan terimalah baik buruk mereka seadanya. Kita pun bukannya sempurna sangat. Bak kata orang putih -''Nobody's Perfect''-. 

Sebagai penghargaan aku terhadap mereka, aku letakkan pic mereka di blog tercinta ni :)

Mariana <3 <3 <3

Arina ^__^

Syarifah <3
Adilah :)
Husna (kanan) yg comel :D
Aku (kiri)

AKU SAYANG KORANG SEMUA!

16 April 2011

Hukum lelaki memakai inai

Ana ada terbaca blog sorang ni. Artikel ni agak menarik juga la especially khas untuk lelaki. Ianya mengenai inai yg sering dipakai oleh lelaki terutama pada hari perkahwinan mereka. So, ana nak share la untuk para pembaca. Hope you all ambil isinya sebagai peringatan.


Gambar hiasan



Assalamualaikum w.b.t

Saya ditanyakan persoalan berkenaan hukum memakai inai bagi lelaki semasa perkahwinan yang mana ia menjadi satu adat didalam perkahwinan?

Jawapan:

Didalam Islam, kita mengutamakan dalil iaitu dari Al-Quran dan Al-Hadis dari Al-Qur’an dan sunnah, sebagaimana Firman AllahBermaksud:

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya. (QS. 17:36).

Dan orang yang berkata dalam masalah agama tanpa dalil,bererti berkata atas nama Allah tanpa ilmu. Dan ini dilarang oleh Allah,sebagaimana firman-Nya,

Bermaksud:“ Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”, (QS.2:169)."

Begitu juga ketika seseorang berfatwa dan memberikan jawapan dalam masalah agama tanpa dalil yang benar,maka fatwa atau jawabannya hanya akan menyesatkan saja. Rasulullah bersabda, Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dari manusia dengan mencabutnya, tetapi dengan mewafatkan para ulama’, dan ilmu akan ikut hilang bersamanya. Dan akan tinggal insan-insan jahil yang berfatwa tanpa ilmu, Maka dia telah tersesat dan akan menyesatkan”, (HR.Bukhari dan Muslim).

Jadi untuk menjawab persoalan ini memerlukan kepada tokohnya iaitu ulama yg berilmu.Dalam meneliti soalan dalam permasalahan Fiqh, metode yg digunakan adalah mengutamakan dalil dari Al-Quran dan Hadis kemudian Ijma' Sahabat dan pandangan ahli ilmu.

Mari kita lihat Fatwa-Fatwa para ulama Salaf dalam menjawab permasalahan inai dan hukumnya?


Memetik Fatwa Syiekh Masyhur Hassan Salman[1] didalam Kitab kumpulan Fatwa beliau:


خضاب الرجل يكون على الحال الذي استخدم عند الصحابة والتابعين ويكون في اللحية والشعر إن كان فيهما شيب ، أما في اليدين والرجلين فلا يجوز للرجل أن يستخدم الحناء إلا تطبباً ، أما من باب التزيين ففي هذا تشبه بالنساء فلا يحل له أن يحني رجله أو يديه إلا من باب التطبيب أما الشيب في اللحية أو الشعر وإن كان قليلاً فمن السنة أن يحني الشيب فقد صبغ النبي صلى الله عليه وسلم لحيته وشعرات الشيب قليلة

Maksudnya: Mewarnakan atau inai bagi lelaki dibolehkan pada keadaan yang digunakan oleh para Sahabat Nabi SAW dan Tabie'en dan juga dipakai pada janggut dan rambut sekiranya pada kedua-duanya terdapat uban, manakala pada tangan-tangan dan kaki-kaki maka tidak dibolehkan bagi lelaki untuk memakai inai melainkan hanya untuk berubat dengannya, adapun jika ia digunakan untuk tujuan perhiasan, padanya penyerupaan seperti perempuan, maka tidak dibolehkan baginya mewarnai kaki atau tangannya melainkan untuk tujuan perubatan. Adapun uban pada janggut dan rambut walaupun sedikit maka daripada sunnah Nabi SAW baginya mewarnai ubannya. Pernah dilakukan Nabi SAW, mewarnai janggut baginda dan rambut-rambut baginda yg sedikit.

Didalam Fatwa Online[2] oleh Mufti Markaz Fatwa dibawah naungan Prof. Dr Abdullah Faqeh, diajukan soalan berkenaan "Adakah dibolehkan inai dipakai oleh lelaki untuk majlis perkahwinan?

Beliau menjawab:


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد

Sekiranya yang dimaksudkan penyoal adalah mewarnakan seorang lelaki tangannya atau kakinya dengan inai bagi majlis perkahwinan, maka hal itu tidak dibolehkan, malah juga tidak dibolehkan selain perkahwinan kerana hal itu adalah daripada perhiasan wanita, dan tidak boleh (haram) menyerupai wanita ke atas apa yg dikhususkan ke atas para wanita dalam perhiasan atau pakaian.Dan dalil yg mengkhususkan bagi perempuan adalah berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan juga Al-Nasai'e dengan sanad yg Hasan:

Dari Ummul Mukminin A'isyah r.a. berkata: Seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai inai dijarimu.dan juga hadis yg diriwayatkan oleh abu hurairah radhiallahu anhu:

"Bahwasanya Nabi SAW didatangkan kepadanya seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn inai. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu diperintahkan lelaki itu dihantar ke naqi'ah(nama tempat) (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yg soheh) 

Berkata Imam Al-Nawawi rahimahullah: Dan berkenaan menginaikan kedua-dua tangan dan kaki maka ia satu sunnah kepada pengantin perempuan. Dan ianya haram ke atas lelaki melainkan untuk tujuan perubatan. Dan daripada dalil-dalil ke atas pengharamannya adalah dari sabda baginda SAW:

Bermaksud:"Allah melaknat orang yg menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yg menyerupai lelaki dari kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)

Dan sekiranya bertujuan untuk menwarnakan uban dengan inai maka ianya dibolehkan malahan ia adalah sunnah ini berdasarkan hadis Nabi SAW, Ertinya :

Sesungguhnya sebaik-baik bahan untuk mengubah (mewarna) uban ini adalah inai dan khatam(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)‌

Janganlah kita mencabut uban kerana Nabi SAW bersabda, Ertinya :

Janganlah kalian mencabut uban kerana uban itu cahaya seorang muslim. Tidaklah seorang muslim tumbuh ubannya kerana (memikirkan) Islam malainkan Allah catatkan baginya (dengan sebab uban tersebut) satu kebaikan, mengangkatnya (dengan sebab uban tersebut) satu derajat, dan menghapus darinya (dengan sebab uban tersebut) satu kesalahan‌ (Ahmad dan Abu Daud)

----------------------------------------------------------------- 

Foot Note:

[1] Nama beliau adalah Masyhur bin Hasan bin Mahmud Ali Salman,dilahirkan diPalestin tahun 1960 dan kunyah beliau adalah Abu Ubaidah. Beliau adalah seorang Syaikh yang mengikuti manhaj salaf dan berpegang dengan atsar mereka. Beliau memiliki banyak buku yang unik, bermanfaat dan sangat ilmiah. Termasuk buku ulama lain yang beliau takhrij dan tahqiq. Beliau merupakan anggota Mujtama’ al-Ilmi wal Ifta’ markaz Imam Albania juga murid kepada Syiekh Nasaruddin Al-Albani rahimahullah.

[2] Meenyepakati Fatwa Lajnah Al-Daimah Lil- Buhus I'lmiyah Wal Iftaa'


Sumber : http://cahayakuabadi.blogspot.com

Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram



Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya.. tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan: Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.

a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda:

“Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:

“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi.

Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

Bagaimanakah kalau di universiti, rakan sebiliknya kafir. Haruskah berpakaian menutup aurat sama seperti ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi ketika di bilik jika begitu?

Ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini, menurut mazhab syafie, auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram, manakala sebahagian ulama’ yang lain menyatakan sama seperti wanita Muslimah yang lain dengan syarat wanita kafir itu dipercayai seperti tidak akan menceritakan aurat kita kepaa orang lain dan sebagainya.

Ini pula adalah fatwa tentang hal ini:

Keputusan : Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :

1) Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala,tengkok/leher, lengan dan hujung betis.dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.

2) Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota diantara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita. Pendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan.

wallahua'lam..

p/s : jadi beringat2lah kita yek... bukan sekadar pompuan je, lelaki pon sama...

Sumber: http://cahayakuabadi.blogspot.com

Simbol Peace

1 2 3! Kebiasaanya kita selalu angkat tangan Peace semasa mengambil gambar. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Ok, di sini aku kongsi sikit tentang rahsia lambang Peace!






Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ni telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Richard Nixon



Winston Churchill

Yasser Arafat




Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!!Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)



Sumber: http://adilahisharudin.blogspot.com

MAKA 2011

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kaifa haluka? Lama ana tak update blog ni. Al-maklumlah sibuk dgn sklh. Hari ni di sklh ana ada MAKA. (majlis anugerah kecemerlangan akademik) Semua budak2 yg cemerlang je dpt hadiah. hehe...Ana nak dpt hadiah? Harapan....But tadi ana pergi juga sklh sbb ana terlibat dgn perbarisan. hehe... Ok, ni ana nak post sikit saje pasal MAKA tadi...Seronok tu memang la...Tapi tadi hujan la pula. So, agak terganggu sikit. Tapi tak pe, finally everything berjalan lancar.




Budak-budak yg ambil hadiah

Ini dia....hehehehe

My friends -raudhah & syafiqah-

KRS ! 

Ayuni & Diana yg sentiasa bersama

Dato' yg sedang bagi ucapan
Ana tak banyak pun ambil gambar. Tu jelah yg sempat ana tangkap. Tak pe, kru-kru kat sekolah tu dah banyak ambil, nanti ana copy and paste ajela.. hehe
 Sekian, wassalam. 

10 April 2011

Boboiboy at TV3

Assalamualaikum semua pembaca!

Hari ni Ikin free, so tetibe je tergerak hati nak tulis something. Actually, sekarang ni tengah hangat kat TV3 cerita terbaru iaitu BOBOIBOY. Pergh~! memang susah giler nak taip nama cerite tu tapi nak menyebutnya sonang la pulak...hehehe... 

Ni dia HERO-HERO Boboiboy. Smart tak? Eh jap, apa yang Boboiboy tu wat tu? Jari apa yang dia tunjuk tu...Ok, lek luuu....Jari telunjuk je kot...Huhh, tak pe, tak pe :)

Cerita ni kalau tak silap Ikin, mula ditayangkan baru je. Tak ingat la pulak bila datenya. Ikin and adik selalu tunggu depan TV setiap hari Ahad jam 7 p.m. hahaha... Waktu maghrib tu~ Solat jangan lupa tau !


  

Watak utama kartun tu ialah Boboiboy semestinya!  Comelkan? Mestilah~



Next, ialah Yaya. Eh, jangan silap tau, dia ni perempuan ya. Nama je macam lelaki.



Haa! Ni pulak ialah Gopal. Kalau dia takut kan, semua benda




yang dia pegang mesti jadi coklat. Tak caye? Cubalah tanya dia~hehe..



“Hai, saya Yaya….saya boleh terbang….angkat berat….dan paling penting buat biskut sedap.( kelemahan )”




Hahh! Ni lah muka terkejut dia tu~

Kalau takut je, mesti semua benda yang dia sentuh akan jadi coklat...







  


Tu yang tengah-tengah ialah Ying. Dia boleh lari laju tau! Jangan main-main ngan Ying aw!

Yeah! Semua comel-comel belaka! Geram betul. So, kepada peminat Boboiboy tu,
jangan lupa untuk tengok cerita tu setiap hari Ahad jam 7 malam. 

Nah, saya bagi awak semua aksi-aksi yang comel :) tengoklah! 
Amek kau! Gedush~~
Buai laju-laju...

Jemput minum ya kawan-kawan!
Eh?! Cane boleh sesat UPIN & IPIN kat sini pulak ya??? Hantam saja la...


Hehehh!! Kami the THREE! (muka poyo je)!
Senyum jela...nanti orang kata apa pula :D
HAHAHAHAHA! ada orang kata muka dia ni comel cam kucing. yeke?
Kalau da famous ni, kenalah gosok gigi tiap-tiap hari....
Promote la sikit kan....~~

Dah la tu, cukup la kot sampai sini.... Ok, tata u all!! ^______________^

03 April 2011

Rumah Hantu Seksyen 2, Shah Alam.



Apa khabar semua? Lama dah Ikin tak update blog ni. Busy sikit kebelakangan ni. 
Ok, tetibe je hari tangan Ikin gatal nak tulis something yg not important pon.
Ikin rasa rindu pula kat blog ni setelah sekian lama tak update. Masa Ikin tengah tulis,
muka Ikin like this :
Smiley face  :)
Anyway, ALWAYS SMILE :)
Smile   
 
 
Enough.
Actually last week my family and I ada keluar jalan2 sekitar KL.
Then, bila dah jalan lamo benar mula la perut ni berkeroncong. LAPAR!
My daddy drop us kat sebuah restaurant ni. Nama restaurant tu RESTORAN JAYA.
My dad order Tomyam Seafood selepas dah tengok 
menu. 
 
Pergh ! Memang meletup. Sedap 
hingga licin pinggan tu kami makan sekeluarga. Aku pula order 
air teh o ais je.


Then, dah habis makan tu my dad ada order ROJAK . Yang tukang 
habiskan rojak tu ialah me! Adik I langsung
tak mahu makan. Sebab time tu dia 
tengah moody. :I
Tengah tunggu makanan. :)
 
 
But before that, kami sekeluarga ada rancang nak gi tengok satu 
rumah hantu kat Seksyen. I think most of the people out
there dah tahu sangat2 pasal cerita ni. So, tak yah kot Ikin nak cerita
lagi kat sini. Kalau nak tahu, boleh lawat 

Kita orang pun gi lawat rumah tu. Saje nak tengok kot-kot 
betul ke tak apa yg dorang cakap selama ni
rumah tu ada 'penuggu'. Sebelum tu my dad ada ask sorang akak
student ni kat tepi jalan. Akak 
tu ada lagi geng dia kat tepi jalan sana.
Akak tu cakap rumah tu kat depan Wet World Shah Alam. Apa lagi, 
daddy pun carilah rumah tu. Tetibe je aku ternampak sebuah rumah tu. Rumah 
tu nampak cam usang je. Tapi yg aku heran
tu gate dia bukan main lawa lagi. Mengalahkan gate rumah
Dato Siti Nurhaliza. hehehehe....

Daddy pun berhentilah depan rumah tu. Kita orang intai-intai tengok 
kot-kot ada 'orang' ke dalam rumah  tu. Lama gak kat situ kira-kira dlm 20 min.
Tapi hampeh! Tak de pape pun. Ikin ni cuma takut
sikit je. Adik je yang melebih-lebih takutnya. Actually tak de pape langsung pun nak ditakutkan.

Kita orang pun baliklah selepas tu. Yang menjadi tanda tanya tu, betul
ke rumah yang kami pergi tu? Sebabnya kami skeleuarga tak pernah tahu bgaimna rupa bentuk 
rumah tu. Adush! Sampai je rumah, terus Ikin buka komputer
sbb nak tengok how does it looks like. Cari punya cari, finally dpt gak.

Tapi yg sedih tu sbb rumah tu jauh benor bezanya ngan rumah yg kami
tengok tadi. Ternyata kami semua salah rumah! Terkejut den! hahahaaha..:)) No wonder la
pak cik sebelah rumah tu rileks je basuh kereta dia kat luar rumah. Cam tak de pape je.
Ikin dengar pemilik rumah tu kasi sewa kat orang just RM50. And one more, jiran kat sebelah rumah tu its suppose to be Chinese. But apa yg Ikin tengok bukannya China, tapi Melayu. Sah-sah la tu bukan rumahnya!
Huh?!
 
Lawak betul la. Buat habis minyak petrol je gi 
cari rumah tu.
Inilah sebenarnya rupa rumah tu. Tak tahulah betul ke tak rumah ni,
but I'm sure this is it because everybody keep posting this house
on their blog.

Ni lah sebnarnya rupa rumah tu.
P/S: Siasat dulu sebelum nak cari. :)
~~~~




Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)