Followers

16 August 2011

"Piring Astro lagi"

Assalamualaikum.

Hari ini saya ada sedikit cerita nak share.
Hahahaha.....
Sebenarnya, masa di sekolah tadi ada latihan untuk kemerdekaan tu. Jadinya 
kenalah guna payung2 semua tu. Practice punya practice sampai nak mati, tetibe ada sorang
budak tu dia punya payung jadi piring Astro. 
Hahahahaha....
Agak lawak juga time tu tapi nak wat cane, NASIB....
Piring tak piring, practice mesti diteruskan.
Memang la penat hari tu, tapi mesti jugak practice sebab ini kan untuk NEGARA !


Ok la, itu je pun saya nak share. Sekian, tata !

"piring astro"


15 August 2011

"Jangan lupa post komen awak kat blog saya ya !"

Assalamualaikum semua !

Kepada kawan-kawan saya yang melawat blog ini, jangan lupa untuk leave komen kamu semua pada saya ya. Jangan lupa letak link sekali tau kalau yang ada blog juga tu. Nanti bolehlah saya jenguk-jenguk balik blog awak itu. Ok lah, itu je pun yang saya nak tulis. Sekian, tata ! :)

Jangan lupa ya !

Latihan untuk Hari Kemerdekaan 16 September

Assalamualaikum.

Firstly, aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 
kepada semua umat Islam di seluruh negara. 
Tak lupa juga SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
yg ke-54 tahun. Merdeka ! Merdeka! Merdeka !

Haih...dah lama benar tak update blog aku ni. Tup tap tu tap, dah masuk bulan Ogos. Banyak sebenarnya perkara yg terjadi dlm tahun ni. Tapi aku nak share sikit je pasal sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia yg dah dekat ni. 16 September nanti sambutan tu akan dilangsungkan. Yela, kan umat Islam semua tengah sambut raya pada 31 Ogos tu yg tak buat pada tarikh tu. Yang best ni, sekolah SMKS 18 terpilih untuk mewakili bagi acara padang nanti. Tapi nanti sekolah lain pun akan ada jugak. Sekolah aku kena buat acara yg ada payung-payung tu..haaa..nanti korang tengoklah kat TV tu....Actually Form 4 yg sepatutnya pergi tapi memandangkan diorang kena struggle hard untuk exam kan..so, kementerian amik budak2 form 2. Itu yg best !!

Jadi, nak jadi ceritanya..., kita orang  dah start practice tadi kat sekolah. Cikgu ajar baru sikit2 je. Ada 5 segmen yg kita orang kena buat. Huh ! banyak tu.. ! Itu pun ada 3 segmen yg kena lari-lari banyak kali. Sabor aje la. Ok, lepas dah practice tu, cikgu nak select orang yg betul2 layak untuk masuk. Cikgu pun buatlah macam AF tu...hehehe...select sorang2...

Aku mula2 lagi dah dikuarantinkan ngan Aliah, Balqis sebab cikgu nak tengok orang lain macam mana dulu. Tapi kita orang bukan kena buang pun. Setakat 'rehat' sekejap je. Pastu dah lama2 tu cikgu panggil masuk untuk test plak. Alhamdulillah dapat. 

Ok, masa tengah2 test tu, ada yg tak berapa bagus bagi cikgu. So, cikgu amik dorang untuk di'test'kan sekali lagi sampai dapat. 
****
ringkaskan...Adalah sorang hamba Allah ni kena test sekali lagi untuk tengok kebolehan dia dalam gerak2 payung tu. Jadi, dia mintak la payung kat sorang kawan ni. Masa test yg pertama tadi, ada sikit masalah payung sebab ketat nak buka, tu yg minta untuk ditukar payung. Ok, dah tukar payung apa semua tu, cikgu suruh dia start....Tapi yg lawak gilernye tu bila hamba Allah tu buka je payung tu, payung yg tadi tu jadi ke depan macam ada angin ribut yg tiup payung tu.Maknanya rosak sikit la payung yg tadi tu. Korang boleh imagine tak? tak pe2, then kita orang semua terus gelak termasuk cikgu2 sekali sebab incident tu la. Dah macam bentuk Astro and lampu yg orang buat photographer je payung tu. hahahahahaha...Sian si kawan tu. Malu dia, tapi nak buat cane benda dah nak jadi so accept aje la.
<macam ni la rupanya payung tu. tapi gambar orang tu tak ada kena mengena ya dengan saya. just payung tu aje yg nak ditunjukkan supaya korang lebih jelas gambarannya. dah ini aje yg saya jumpa di web.>


Comel payung ni kan?


hadoooiiiihh...aku balik rumah pun still qada' gelak tu. Geli hati dibuatnya. Tak pe la, itu namanya kenangan. :) emmm....nampaknya tu jela yg mampu aku nak share. Malas dah rasanya nak taip lagi. Esok sambung lagi. Esok pun aku still ada lagi practice sampailah hari kemuncak tu. 

Kepada pembaca yang mungkin ada tersinggung dengan cerita ni, harap awal2 lagi maafkan saya ya. Semua manusia buat kesilapan. Yang baik hanya datang daripada Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri. Sekian,  Salam sayang daripada saya hari ini. 

Kali terakhir daripada saya..
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)