Followers

22 April 2011

Tips for camping

Anak kucing merata-rata,
Diambil bela oleh saya;
Assalamualaikum pembuka kata,
Marilah mendengar cerita saya.

Ok tak pantun yang aku reka tetibe je tu? OK kan??? Mestilah.............. :)

Haa... Esok kalau korang semua nak tahu, aku nak gi kemping untuk 'Kursus Kepimpinan Pengawas'. So, aku tak akan online dalam masa dua hari ni. huhuhu.. Tak apa... Kenalah berkorban untuk diri sikitkan? Betul tak?!

Ok, aku nak beri sedikit tips untuk korang semua bagaimana nak menghadapi kemping di luar kawasan sekolah.

Begini...

Cikgu aku ada cakap,

- Kamu tu kalau dah masuk hutan, MULUT KENALAH JAGA.
-TINGKAH LAKU pun mesti dijaga dengan tertib.
-TANGAN tu janganlah GATAL pula nak ambil 'benda-benda' yg ada di hutan tu.
-AIR SUNGAI jangan pula diminum. Sebabnya...-Takut air kencing tikus- [tapi, tulah yg cikgu aku bagi tahu.]
-Sebagai orang Islam, BACALAH AYAT QURAN yg mampu untuk melindungi diri kita. Cth:

=Yaasin=
=Ayat Kursi=
=Surah-surah pilihan=

-IMPORTANT: BASUH 'tut-tut' korang itu dengan sesuci-sucinya! Jangan lupa diBUNGKUS sekali tau!!
-JANGAN SERONOK sangat di sana sampai lupa yg kita sekarang berada di HUTAN bukan di BANDAR.
-Lagi...

Itu sahajalah kot yg cikgu aku sempat cakap. 
Nak lagi ke? Boleh aje... 

Barang-barang yg perlu dibawa pula mestilah :

] Kasut sukan & sekolah 
] T-shirt 
] Seluar sukan
] Pakaian ibadah
] Barangan basahan
] Kain batik/pelekat
] Alatan untuk mandi & membersih
] Ubat-ubatan jika perlu
] Alatan peribadi

* Kalau boleh, bawalah lebih untuk baju dan juga seluar. Mungkin korang dah faham apa yg aku tulis tu. So, tak usahlah aku nak terangkan dengan lebih lanjut lagi kot. Buat penat aku sahaja. 

Jadi, doakan semoga aku selamat dan dapat melaksanakan kursus tersebut dengan jayanya! InsyaAllah!!
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment

Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)