Followers

16 March 2011

Alhamdulillah

Apabila aku tulis atau cakap tak elok, ada saja orang tegur la, itu la, ini la. Ish, kadang-kadang tu naik menyampah pun ada. Yela, siapa suka kalau asyik ditegur oleh orang sentiasa. Bagaikan hidup ni dia pula yang punya. Misalnya aku ni, aku mengaku aku memang banyak buat salah. Hari-hari buka Facebook sebab alasan nak check notification la konon tapi betul pun kdg2 tu. Haha. Then bila dah buka FB ni kan, mesti FB ni tunjuk post orang tu la, orang ni la. Betul tak? Memang betul pun. Aku ni suka la juga baca orang punya post. -Boring- Bila dah baca tu, ada sorang tu ayat dia bunyi memang 'sopan' sangat. Cth; Setan! Bab1, Cibai, Sakai dll. -Apa semua tu??- Kita ni yang tak pernah tulis perkataan begitu nak try la sebab baca2 macam best la pula. Bila dah tulis, ada la pula sorang hamba Allah ni tegur. Allahu Akbar! Aku rasa serba salah la pula bila dah ada orang yg prihatin tolong tegurkan. Malunya aku, Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Aku rasa serba salah pula. Tapi kan, bila aku tengok si 'dia' tulis macam-macam perkataan yang tak elok, tiada pula org nak menegurnya. Tu yang aku hairan. Bila difikirkan balik, baru aku sedar bahawa yg Allah tu sayang dekat aku. Sebabnya bila aku buat benda tak elok, ada orang akan tegur kesalahan aku ni. Itu bermakna Allah pelihara aku. Insha-Allah. Sebaliknya orang lain buat, kemungkinan tiada siapa yang mahu menegurnya, lagu tu la jadinya! Sejak itulah, aku sedar dan berjanji tidak akan buat perkara yang akan mendatangkan mudharat kpd diri @ orang lain. 


Konklusinya, fikir dahulu sebelum nak buat sesuatu perkara yg tak baik kerana ada yg 'melihat'. Kalau dah terlanjur tu, cepat-cepatlah minta ampun dan maaf atas kesilapan diri sendiri. Walaupun ada sesetengah pihak yg menggunakan perkataan spt bangang, babeng, bab1, puki*** dll dan mereka merasakan perkataan itu bagus, sebenarnya tak boleh dan salah. Jika boleh kita elakkan guna bahasa sebegitu ya! Gunakanlah bahasa yg sedap didengar spt Subhanallah, Allahu Akbar, Astaghfirullah dll.


Sekian, daripada saya. Semoga anda semua boleh ambil iktibar dpd kisah saya ni. Saya share utk anda supaya diri saya dan anda tidak akan gunakan lagi perkataan sebegitu.


والله أعلم

No comments:

Post a Comment

Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)