Followers

09 December 2014

Mana aku menghilang ?




Assalamua'laikum warahmatullah kepada para pembaca blogku sekalian.

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menyepi daripada dunia blog ni, akhirnya aku berkesempatan untuk memaksa jari-jemariku untuk menaip semula di blog yang tak berapa nak hidup ni. ceewaahh! 

Sudah lama jugak aku menyepikan ? Haha! Maklumlah budak lepasan SPM memang cenggini. Banyak perkara kak oi yang perlu aku selesaikan selama ni. Apa-apa pun selama ni aku memang tak banyak menulis atau berkongsi cerita pun di blog ni sebab malas! HAHA!!

Baiklah, aku okay je selama ni sepanjang menjalani kehidupan sebagai murid sekolah menengah. Ya! Untuk pengetahuan semua, aku sudah tamat memegang jawatan seebagai 'MSM' aka 'Murid Sekolah Menengah' secara rasminya pada tanggal 25 November 2014 iaitu di mana tarikh berkenaan merupakan hari TERAKHIR SPM bagi budak Sains macam aku. hehe...

Untuk makluman anda semua, aku ni bukanlah sang sasterawan yang pandai bagai nak mengarang ayat berbunga-bunga indah nian macam...hurm tak kisahlah siapa-siapa pun yang hebat mengarang! Nak cerita panjang-panjang pasal aku selama aku menghilang ni pun aku macam tak berapa 'not in mood' nak karang karangan tambah-tambah dah habis SPM ni! HAHAHA!

Tapi, adalah sikit cerita yang aku nak kongsikan. Harap-harap 'mood' aku ni datanglah untuk melangsaikan cerita aku ni. Okay!

Baiklah, baru-baru aku dan 5 Uthman aka classmates I, kami pergi 'holiday' sama-sama di Port Dickson. Cuma nak bagitahu yang pengalaman sepanjang berada di sana mungkin tak akan berulang kembali. huhuhu.. Tapi aku gembira kerana ada kawan-kawan yang macam-macam ragam yang kadang-kadang tu agak mengjengkelkan! Biasalah rencah kehidupan ni siapa yang dapat jangkakan ? Kami pergi selama 3 hari 2 malam dan bermalam di Corus Paradise Resort tapi di apartment sahaja ye bukan di hotel 5 STARS tu! Haha!! Segala persiapan sudah siap dipersiapakan dan hanya tunggu kami saja yang nak berangkat ke sana. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar termasuk perjalanan pergi dan balik kami.

Hari pertama, semua penat sikit tambah kelam-kabut angkut beg dan setting dalam bilik masing-masing. Kalau korang nak tahu, hari pertama lagi hujan sudah mengiringi kedatangan kami. Renya-renyai membasahi bumi dan sememangnya amat menenangkan minda yang berkelana ni. ceewaahh! Apartment yang aku duduk tu ada 11 orang dalam bilik manakala budak laki hanya 5 orang je daripada 8 yang ikut dan dorang duduk di bilik khas untuk depa lah. Budak perempuan yang 'mostly'nya asrama duk bilik yang lain. Kenapa aku cakap 'mostly'? Sebab ada sesat outsider yang join dengan depa sekali. Well, that's explains it. 

Okay cukup pasal bilik tu dan sekarang aku nak cerita pasal bab masak-memasak. Pada malam pertama, kami ada buat BBQ. Aku tak tahu nak cerita macam mana perasaan aku malam tu, tapi aku banggalah jugak dengan kaum Adam yang tak menang tangan tolong-menolong termasuk jugak akak-akak 5 Uthman yang ringan tulang berganding bahu buat kerja sama-sama. Tapi ada jugak yang macam 'RAJIN' sangat buat kerja! Hahaha... Perasaan aku malam tu memang macam hambar sikit mungkin sebab aku kepenatan dan mengantuk tahap dewa jadi I'm not in the mood...again! hehe..(asyik not in the mood je aku ni) Semua berjalan lancar tapi malam tu aku dengan sorang lagi naik atas ke bilik kami awal sebab kami berdua macam not in the mood. Sebenarnya adalah sikit halnya tapi malas ah nak cerita. Lepas naik tu, kami tengok Karate Kid the Movie di AXN channel 701 astro. Haha! Sampailah nak dekat habis movie, baru geng-geng lain naik atas. Tak mau cerita banyak, lepastu kami semua tidur.



Ada gambar sikit yang malam barbecue tu.

Malam kedua pula, kami ada macam-macam aktiviti pada sebelah petang. Pada sebelah pagi masing-masing buat hal sendiri. Ada yang pergi pantai, ada yang keluar dan ada yang terbungkang lagi kot. Malas nak cerita pangjang, biar gambar berbicara.

Inilah pantai di PD. Yang tu apartment kami semua ! 
Main-main air laut di pantai

Posing di pantai

Syafiq in the sand!

Projek menanam Syafiq hidup-hidup !

Syafiq tenang berada di dalam pasir ditemani rakan-rakan yang sporting.

Ambik kau yazeid !

Eh, Ultraman Ribut ke ni ?!

Tugu tak berapa nak menjadi.

Mandi-manda di kolam telah mengigatkan nostalgia aku masa kecik-kecik. hehehe

Aktiviti susun cawan paling tinggi menang! psssttt..Yazeid jangan tamak sangat woii! hahaha!!





Okay, aku rasa cukuplah gambar tu berbicara. Hari terakhir punya gambar malas nak muat naik. Rasanya itu sahaja daripada aku untuk entri kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca kisahku. Senang-senang singgah lagi baca tapi itupun kalau aku rajin 'menulis'. hehe..

No comments:

Post a Comment

Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)