Followers

13 February 2013

Tahun Baru, Azam Baru.

Assalamualaikum para pembaca yang budiman sekalian.
Kaifa halukum ? 
Ana ? Alhamdulillah. 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat kurniaan-Nya yang melimpah ruah terhadap hamba-hamba-Nya. 

Setelah sekian lama ana menyepi di laman ini, hari ini ana berhasrat untuk menulis beberapa coretan yang ana ingin kongsikan kepada rakan-rakan ana yang baik hati. Seperti yang kita sedia maklum, kini kita sudah menyambut Tahun Baru 2013. Ana bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk meneruskan perjalanan ini tanpa henti hinggalah ke penamatnya. Ya ! Hari ini, Rabu, 13 Februari bersamaan 2 Rabiulakhir 1434 H. 

Untuk pengetahuan anda semua, tahun ini merupakan tahun yang penuh cabaran kerana ana sudah memasuki ke alam 'Tingkatan 4' di mana ana tidak boleh main-main seperti dahulu. Maksudnya ana kena lebih berusaha dan fokus demi menggapai kejayaan yang cemerlang. Bukan sahaja untuk peperiksaan SPM, tapi juga untuk dunia dan akhirat yang menanti. Ya, memang tidak dinafikan yang hidup ni penuh dengan kepayahan, dugaan, suka-suka dan pelbagai lagi perasaan yang tak dapat diungkapkan oleh kata-kata. 

Sebagai manusia, ana memang tidak terlepas daripada dosa-dosa kecil mahupun besar. Ana mengaku memang ana banyak buat salah. Tapi sebagai insan yang budiman, in shaa Allah ana akan cuba sedaya upaya utnuk berubah menjadi yang lebih baik dan hamba yang beristiqamah kepada Allah SWT. Setiap tahun manusia akan bertambah usianya begitu juga dengan amalan. Kita haruslah memperbanyakkan lagi amalan soleh terhadap Allah SWT demi mendapat rahmat dan hidayah-Nya. 

Tahun demi tahun manusia pasti akan mempunyai azam yang baru kerana mereka ingin mencapai sesuatu perkara yang lebih baik. Sama juga dengan ana. Ana mempunyai azam ana yang tersendiri. Salah satu daripadanya ialah ana ingin membuatkan orang tua ana berasa syukur dan bangga kerana mempunyai anak seperti ana. Ana mahu melihat mereka tersenyum gembira tatkala melihat ana menggapai cita-cita ana. Semua itu tidak mustahil sekiranya kita mempunyai inisiatif serta toleransi yang tinggi demi menyahut cabaran.

Sejurus itu, ana haruslah melaksanakan azam itu dengan mengaplikasikan ia ke dalam kehidupan ana. Kawan, tidak ada suatu perkara yang mudah buat kita di alam yang fana' ini. Kita haruslah mencari dan terus mencari sehingga kita temui ia. Janganlah berputus asa dalam kehidupan ini kerana setiap ujian itu pasti ada hikmah disebaliknya. Ingatlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Rebutlah peluang sementara masih ada. Jangan sia-siakan ia.

Intihannya, ana ingin menyatakan bahawa tidak salah untuk kita bersuka-ria menikmati nikmat dan keindahan di alam ini. Tetapi ingatlah, kita juga mempunyai tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Ana hanya manusia lemah dan tidak sempurna tapi setiap manusia itu ada kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. Ana berazam untuk tidak mudah terjatuh ke dalam onak-onak yang liku sebaliknya ana ingin terus bangkit dan berjuang ke jalan yang benar. In shaa Allah !

Rebutlah peluang sementara masih ada !

Sekian, terima kasih. 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


No comments:

Post a Comment

Kata-kata

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Sesunnguhnya aku berserah pada-Mu Ya Rab...

Oppa Nichkhun :)